Filem Bini Biniku Gangster | profhariz.com
 Banner

Filem Bini Biniku Gangster

Tags:, , , , , , , , .

Bini Biniku Gangster dengan Taglinenya Lu Langsi Wa Kahwin Lagi merupakan sebuah filem Aksi Komedi yang bakal menemui penonton pada 22 September 2011 ini di seluruh pawagam berdekatan dengan tempat anda.

Bini Biniku Gangster 698x1024 Filem Bini Biniku Gangster

Filem Bini Biniku Gangster dilakonkan oleh pelakon yang tak kurang hebatnya iaitu Shaheizy Sam yang pernah merangkul Pelakon Terbaik FFM23 sebagai Herry dan turut dibintangi oleh Yana Samsudin (Manja) dan juga Intan Ladyana (Reanna). Filem Bini Biniku Gangster ini dengan durasi 92 Minit arahan Ismail bob Hashim. Apa Apa pun sebelum Layan Bini Biniku Gangster Full Movie di pawagam mari kita layan Sinopsis dan trailer dahulu.

Sinopsis Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam. Jom Layan Trailer Filem Bini Biniku Gangster

Trailer Filem Bini Biniku Gangster

ProfHariz : Lu Langsi Wa Kawin Lagi.. Suami Didahulukan dan Pencapaian Diutamankan icon razz Filem Bini Biniku Gangster Filem Bini Biniku Gangster Sangat Best ! Tak RUGI TENGOK

Incoming search terms:

Posted on 17 September '11 by , under Filem.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

16 Comments to “Filem Bini Biniku Gangster”

18.09.11 at 01:01
Posted by laici

macam menarik.. nak g tengok lah.. hehe
laici recently posted..CashSettlementsNow Offers Lawsuit Funding For Wide Range of Cases

[Reply]

18.09.11 at 13:30
Posted by akubiomed

Kalau isteri anak ketua gangster macamana pula?
akubiomed recently posted..Bakar Satay di Hari Raya ke 5

[Reply]

juanita aka tetikusrusak.net Reply:

Kepala geng ster la gituuu
juanita aka tetikusrusak.net recently posted..Kisah Orang Perempuan #2 : Pilihan kalbu

[Reply]

meet taiko kazama Reply:

ala.bini mcmna pun gengster..msty syang ngan suami la…:)

[Reply]

18.09.11 at 20:20
Posted by afendi

harap ok la citer dia..jangan macam kongsi sudah..tapi bosan la..banyak giler pelakon..tapi muka yang sama je pelakon dia..ish2..
afendi recently posted..“Raya Tak Jadi” Kureng Sikit La

[Reply]

18.09.11 at 21:40
Posted by DreamLifeTips

Best movie ni.. lucu.. mesti tonton!!!

[Reply]

20.09.11 at 02:37
Posted by Juan

alaaa, sinopsis x lengkap, aku tgh khusuk baca nih, heheh, theme blog baru ker nih, heheh
Juan recently posted..Tip Menabung

[Reply]

20.09.11 at 09:30
Posted by Pacifista

kelakar bila tengok trailer dia yang kat atas katil tu.hehe…mesti lawak citer ni.harap jalan citer dan ending dia tak mengecewakan nanti…
Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

[Reply]

20.09.11 at 09:32
Posted by ahmad kamil

Tggu keluar astro lah…kalo dh David teo pnya kualiti filem ni..teman dah black listed kn dah… dalam preview tgk mcm best. Bila sebenar….hmmm x de best mane pun….
ahmad kamil recently posted..HARI AHAD YANG MALANG…….

[Reply]

24.09.11 at 00:03
Posted by titan

haha, ini filem mesti tengok maa..

[Reply]

24.09.11 at 11:41
Posted by Jejari Tembam

nk p tngklah… mcm mnarik sj…

[Reply]

26.09.11 at 08:42
Posted by KakiWayang.com

Pelakon-pelakon cerita ni memang mantap! Tahniah Shahezy Sam & co.!

Jom baca review penuh kami di sini: Review Bini-biniku Gangster KakiWayang.com

[Reply]

27.09.11 at 16:27
Posted by kappokick

menarik ni..bila pegi wayang asyik penuh je..kena tunggu bagi reda dulu…:)
kappokick recently posted..Neutrino More Faster Than Light Speed

[Reply]

02.10.11 at 21:20
Posted by titan

em..ni kena tengok gak nih.. macam best aje.. :)
titan recently posted..Pilihan Selangor kalah 0-1 kepada Singapura.

[Reply]

16.10.11 at 05:36
Posted by shahran sam

sape yg dh gi tgk, rate la sket bape bintangs

[Reply]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon